KELAS E-PEMBELAJARAN (PERMAINAN PENDIDIKAN) & TUTORIAL DASHBOARD KOMUNITI
Tarikh:24, 26 November 2018 Masa: 2.30 ptg- 4.30 ptg Tempat: Pusat Internet Durian Tawar |
Tujuan: Meningkatkan minat peserta untuk belajar komputer dengan menggunakan aplikasi permainan pendidikan. Melalui aplikasi ini, peserta bukan sahaja dapat bermain menggunakan komputer tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dan menggunakan komputer . Peserta juga perlu memuatnaik ucapan di MyKomuniti.
Aktiviti: Petugas memberi sedikit taklimat mengenai E Pembelajaran ini dan menasihatkan peserta agar tidak terlalu obses dengan permainan di atas talian dan perlu memilih permainan yang bersesuain yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri sendiri.