Untuk info keusahawan pada bulan ini, kami memperkenalkan bunga orkid hiasan hasil sentuhan tangan Puan Jafiah Kamaruddin. Beliau sememangnya gemar dalam gubahan bunga bermula sebagai hobi, kini beliau sudah mula menerima tempahan dan jualan kepada yang berminat untuk hiasan rumah, meja kelas, kantin dan sebagainya. Bunga orkid ini sendiri menghasilkan  ciri- ciri tradisional yang sangat menarik dan kelihatan segar sesuai dijadikan hadiah untuk ibu, guru dan juga untuk diri sendiri. Harga yang berpatutan mengikut saiz, kelopak bunga, dan jenis pasu. Yang menariknya harga nya tidak mencecah Rm100 pun dan boleh membuat tempahan mengikut cita rasa sendiri.

Kali ini By Cik Renex menjadi salah satu pilihan info keusahawanan kami di laman Pusat Internet Durian Tawar. By Cik Renex sudah lama dikendalikan oleh pemiliknya iaitu cik Saidatul Azreen yang mana sangat aktif menghasilkan barangan kraf dan hadiah yang menarik dan comel sesuai untuk hadiah hari jadi, perkahwinan, ingatan hari guru dan sebagainya seperti:

1. Bantal Printed

2. Bantal Hiasan Customade

3. Hadiah Hari Guru/ Graduasi

4. Hadiah kahwin/ Tunang

5. Keychain/ Button/ Magnetbadge

6. Photobook

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan melihat sendiri keunikan kraftangan yang dihasilkan oleh cik Azreen bolehla ke laman Facebook By Cik Renex, Instagram dan boleh juga order melalui Shopee.

Kepada yang berminat untuk melakukan tempahan bole layari:

.Facebook: By Cik Renex

https://www.facebook.com/bycikrenex

 

Sumber: Facebook By Cik Renex

22690434_1597854266903346_1634706875_o.jpg

Coconut Shake Bera Drive Thru merupakan kedai yang sangat dikenali dalam kalangan penduduk disini termasuk pelajar- pelajar sekolah.Dengan keunikan rasa coconut shake bersama jelly kelapa dan aiskrim yang sangat segar dan menyelerakan menarik pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan drive thru sahaja dan bole minum di kedai.Antara makanan tambahan atau yang lain di jual disini adalah keropok lekor, burger, karipap cheese, air minuman, ais krim dan banyak lagi. Beroperasi sehingga jam 6.00 petang menjadikan kedai ini salah satu tempat untuk minum petang buat penduduk sekitar dan luar. Kedai ini juga terletak di sebelah sekolah Menengah Mengkarak yang mana pelajar- pelajar sekolah juga turut membelinya terutama selepas habis waktu sekolah.

Roha Catering Bera menyediakan perkhidmatan catering di sekitar Temerloh, Bera yang berpusat di Kg Jelam/ Durian Tawar Bera. Mengambil tempahan penyediaan makanan termasuk Program, majlis Kahwin, Kursus dan pelbagai. Menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan pagi, tengahari, malam dan mengikut citarasa pelanggan dan jumlah tetamu. Antara menu yang disediakan, mihun,nasi ayam, nasi lemak, menu kenduri, mi goreng sandwich dan banyak lagi.

22550604_1590420237646749_2118580653_o.jpg

Pihak Pusat Internet 1Malaysia telah membantu usahawan- usahawan tempatan di seluruh egeri untuk memasarkan produk- produk mereka yang mana produk- produk ini berpotensi untuk dipasarkan. Antara produk yang boleh didapati di sin ialah antaranya, tebaloi(Sarawak). Keropok lepor keping (Terengganu), Songket Sarawak, Kain Batik, Baja, serbuk chesse, Serunding, kotak pensel, beg anyaman, usb, powerbank, serunding, minyak kelapa dara, minyak gamat dan banyak lagi. Senarai dan harga pembelian boleh terus ke pusat Internet 1Malaysia Durian Tawar untuk keterangan lebih lanjut