TAPAK RAMSAR 2.jpgTASIK BERA 1.JPG

Antara kawasan pelancongan yang terdapat di daerah ini ialah Tasek Bera. Perjalanannya kira- kira 73 km dari Kg Durian Tawar.Tasik Bera merupakan tasik air tawar yang terbesar di Malaysia iaitu seluas kira- kira 61,80  ha yang terletak di bahagian tenggara negeri Pahang darul Makmur. Kawasan ini telah diwartakan kerajaan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia bertujuan mengekalkan ciri- ciri ekologi tanah lembap dan kemampanan sumber- sumber istimewa yang terdapat di Tasek Bera.

Kaum Semalai merupakan kaum asli peribumi yang menetap dan bermastautin di sekitar kawasan tasek Bera sejak 600 tahun yang lalu dan digelar ‘semaq tasik’ yang bermaksud orang tasik.

Sejak dahulu lagi, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menarik pelancong ke sini antaranya adalah berkemah, jungle trekking, memancing, berkayak dan sebagainya. Bagi pelancong yang menggemari suasana yang tenang dan damai, Tasek Bera adalah antara tempat yang sesuai untuk dikunjungi.

 

Gambar sumber http://qozekphotography.blogspot.com/

pend.jpg

Pakej lawatan pembelajaran agrotourism yang diadakan di melaka buat selurung Komuniti Kg Durian Tawar dan di kawasan sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan di sana antaranya Mengenali haiwan ternakan Boer, Hidangan Kambing Golek oleh Chef Klas Farm, bergambar, melawati tempat di Melaka termasuk Cruise di Melaka. Lawatan ini dianjurkan oleh Syarikat klas Prime Goat Milk dan dikendalikan oleh Encik Khairil Isham yang juga merupakan ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Durian Tawar dan juga menetap di sini melalui usahasama kementerian pertanian, Biotech Corpd dan MOSTI

Bagi yang berminat boleh menghubungi Encik Khairil Isham:-100-10927385


Negeri Pahang adalah salah satu yang disenaraikan antara yang terjejas mengalami bencana El- Nino terutama dikawasan Temerloh. Akibatnya, di beberapa kawasan Sungai Pahang yang sangat terkenal dengan sumber perikanan ikan patin airnya menjadi cetek. Namun begitu, disebalik kebimbangan penduduk kampung terutama di kawasan kampung Durian Tawar, ini adalah satu peluang bagi mereka untuk mencari sumber perikanan eksotik iaitu etak, remis dan kijing yang mana hidupan ini sangai sesuai untuk  dijadikan hidangan malam di penduduk kawasan ini. Di kawasan sungai sekitar Kg Durian Tawar merupakan lubuk utama di mana bukan sahaja penduduk kampung, malahan pengunjung dari bandar Bera dan Temerloh dan juga felda- felda gugusan Bera turut turun ke sini sekali gus menjadikan kawasan ini sebagai pesta keluarga dan tumpuan untuk beriadah pada waktu petang untuk bermandi sungai yang cetek dan tidak berbahaya terutama buat anak- anak yang masih kecil. Keadaan yang jarang berlaku ini menyebabkan keadaan lalu lintas sesak dek kerana pemandu yang melalui jalan utama Temerloh- Triang ini juga turut tertarik dengan aktiviti sungai ini. 

Kebanyakan pengunjung yang dari kalangan penduduk kawasan sekitar Bera dilihat menggunakan peralatan seperti jaring dan sangkar buatan sendiri menggunakan penutup kipas. Jam 5.00 petang kebiasaanya selepas asar ramai yang sudah mula turun untuk menangkap etak kerana cuaca lebih redup ketika itu bebanding tegahari yang terik dan mereka berhenti sehingga sebelum waktu magrib iaitu lebih kurang jam 7.00 petang. Hasil tangkapan ada yang mencecah sehingga 1 kilogram dan adakalanya lebih dari itu jika rajin dan sanggup berkubang di dalam sungai yang cetek. 

Mengikut kata orang- orang kampung, selepas hasil etak diambil, perlulah direndam dengan air semalaman supaya masakan tidak berpasir.Antara menu hidangan yang digemari adalah etak masak sambal berlada, etak rebus cicah sos lada, dan ada juga etak salai. Etak yang dicari bukan untuk di jual bahkan sebagai santapan seisi keluarga kerana ianya jarang dan susah didapati dalam kuantiti yang banyak selain pada musim kemarau ini. 

Melalui aktiviti ini, bukan sahaja berpuas hati dengan sumber yang didapati malahan hubungan kekeluargaan, persahabatan serta jaringan sosial dapat dieratkan dan ia juga menaikkan lagi nama Kg Durian Tawar dan daerah Bera sebagai sumber carian etak pada musim kemarau ini.

 

 

Kawasan sekitar Pusat Internet 1M Durian Tawar yang berdekatan dengan persisiran sungai Pahang menjadi tarikan penduduk bukan sahaja di kawasan ini malah penduduk warga kota yang berasal dari kampung ini pulang ke kampung untuk mengail kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai ikan segar dari sungai sekiranya  tiba waktu musim mengail sudah menjadi aktiviti bermusim di kawasan ini. Selain daripada itu Kg Durian Tawar juga merupakan laluan utama ke Negeri Sembilan. Pemandangan sungai yang indah dapat dilihat disepanjang perjalanan tersebut. Mereka juga boleh singgah di Bera Waterfront yang terdapat di Kampung Mengkarak untuk berehat dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.