Tarikh: 21 Julai 2024

Masa: 3.30 Petang- 4.30 Petang

Tempat:NADI Durian Tawar

Tujuan:

Aplikasi pembelajaran dan permainan pembelajaran bertujuan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif, menyeronokkan, dan berkesan, sambil memupuk kemahiran penting dalam kalangan pelajar.

Aktiviti:

Peserta diminta untuk menjawab kuiz e pembelajaran yang disediakan dengan cepat dan tepat. Mereka perlu membuat dan menjawab soalan tersebut sebaik mungkin agar dapat jawapan yang baik

Gambar disini

Tarikh: 20 Julai 2024

Masa:10.00 Pagi -12.00 Tengahari

Tempat:NADI Durian Tawar

Paint membolehkan pengguna mencipta reka bentuk asas, seperti logo sederhana, poster, atau grafik untuk kegunaan peribadi. Boleh digunakan untuk merancang idea atau konsep visual dengan cepat sebelum beralih kepada alat reka bentuk yang lebih canggih.

Aktiviti:

Memberi penerangan ringkas mengenai paint termasuk bar alat di sebelah kiri, palet warna di bawah, dan kanvas putih di tengah. pelajar diminta memilih alat lukisan yang sesuai dari bar alat, seperti Pensel, Berus, atau Marker. pelajar juga perlu memilih warna dari palet warna di bawah. Mereka boleh memilih warna asas atau mengubah suai warna menggunakan pilihan Pilih Warna. Kemudian pelajar diajar cara-cara untuk menyimpan lukisan mereka dengan mengklik File > Save As. Minta mereka memilih format fail seperti PNG atau JPEG dan simpan ke lokasi yang sesuai di komputer mereka.

Gambar disini

Tarikh: 19 Julai 2024

Masa:9.30 Pagi- 12.30 Pagi

Tempat:NADI Durian Tawar

Tujuan:

AI Image Creator membolehkan usahawan menghasilkan gambar dan visual berkualiti tinggi dengan cepat, menjimatkan masa dan tenaga. Memanfaatkan teknologi terkini seperti AI Image Creator membantu usahawan kekal relevan dan berdaya saing dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Aktiviti:

Usahawan boleh menghasilkan gambar berkualiti tinggi dengan cepat, menjimatkan masa dan membolehkan mereka fokus pada aspek lain perniagaan. Gambar yang dihasilkan oleh AI boleh digunakan dalam kempen pemasaran untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan kesan visual bahan promosi. AI Image Creator membolehkan usahawan mencipta kandungan visual yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan, meningkatkan kepuasan pelanggan dan kesetiaan jenama.

Gambar disini

Tarikh: 20 Julai 2024

Masa:10.00 Pagi -11.00 Pagi

Tempat:NADI Triang 3

Dengan menggunakan Canva, usahawan boleh menghasilkan logo sendiri tanpa perlu mengupah pereka profesional, menjimatkan kos yang boleh digunakan untuk tujuan lain dalam perniagaan.

Aktiviti:

Peserta perlu log masuk ke akaun canva. Mereka pelu pilih templat logo yang tersedia. Mereka perlu memilih yang paling sesuai dengan gaya dan industri perniagaan mereka. Kemudian klik pada elemen-elemen logo dalam templat untuk mula menyunting. Mereka boleh menukar teks, warna, font, dan saiz mengikut keperluan. Setelah berpuas hati dengan reka bentuk, klik butang "Muat Turun" dan pilih format fail yang diingini seperti PNG, JPEG, atau PDF. Muat turun logo ke peranti juga boleh dilakukan

Gambar disini

Tarikh: 19 Julai 2024

Masa:9.30 Pagi- 12.30 Pagi

Tempat:NADI Durian Tawar

Tujuan:

Membolehkan peserta untuk membuka whatsapp di komputer agar dapat muat turun file dari telefon ke komputer dengan lebih mudah.

-Membolahkan peserta untuk muat turun gambar melalui google drive dan membantu peserta untuk menggunakan google drive dengan lebih baik.

Aktiviti:

Peserta diberi penerangan ringkas mengenai whatsapp web dan cara-cara untuk akses whatsapp web pada komputer. Mengglakkan peserta untuk menggunakan  komputer dengan lebih baik. Membantu peserta untuk menggunakan whatsapp web dan google drive dengan baik. Menggalakan peserta untuk menggunakan internet secara bijak.

Gambar disini