Tarikh: 26 April 2024

Masa:9.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Tempat: SK Felda Mayam

Tujuan:

Memastikan individu mempunyai kemahiran dan kesedaran yang mencukupi untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, selamat, dan produktif.Meningkatkan kesedaran individu terhadap risiko-risiko yang berkaitan dengan penggunaan teknologi, termasuk keselamatan dalam talian, keselamatan privasi, penipuan dalam talian, dan keamanan data.

Aktiviti:

Mendengar taklimat Klik Dengan Bijak. Melakukan akitiviti dalam kumpulan dan menyiapkan tugasan yang diberikan seperti menjawab kuiz quizizz dan wordwall. Membantu meningkatkan kesedaran individu terhadap risiko dan ancaman yang berkaitan dengan penggunaan teknologi, seperti penipuan dalam talian, ancaman keselamatan siber, dan penyalahgunaan maklumat peribadi,oversharing. Mereka dapat membezakan antara maklumat yang sahih dan palsu, serta memahami kepentingan sumber yang dipercayai.

Gambar disini

Tarikh: 16 April 2024

Masa:4.00 Petang- 5.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Aktiviti STEM/IoT memupuk kemahiran kreatif dan inovatif dalam mencipta, merancang, dan menyelesaikan masalah. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan daya kreativiti mereka untuk mencipta solusi untuk masalah dunia sebenar.

Aktiviti:

Menyelesaikan pemasangan lego mengikut langkah yang diberi

Gambar disini

Tarikh: 3,16 April 2024

Masa:12.00 Tengahari- 1.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Membantu peserta untuk mendaftar akaun gmail dan meningkatkan pengetahuan mereka untuk menggunakan emel dengan betul.

Aktiviti:

Peserta diminta untuk membuat pendaftran akaun gmail. Peserta diminta untuk masukkan maklumat diri seperti yang diminta. Peserta juga diminta untuk mencipta password emel yang kuat.

Gambar disini

Tarikh: 16 April 2024

Masa:3.00 Petang- 4.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Membantu peserta untuk mencipta poster sempena hari raya aidilfitri

Aktiviti:

Peserta diminta untuk log masuk ke akaun bagi yang sudah ada akaun manakala bagi yang belum ada akaun diminta untuk membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Peserta diminta untuk memilih template poster yang bersesuaian. Peserta perlu menyiapkan poster bertemakan hari raya

Gambar disini

Tarikh: 3,6 April 2024

Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Tujuan mempelajari Excel adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan data, menganalisis maklumat, dan membuat keputusan berdasarkan data. Ini adalah kemahiran penting untuk berjaya dalam dunia pendidikan, perniagaan, dan profesional.

Aktiviti:

Peserta diminta untuk menggunakan grid yang terdiri daripada baris (1, 2, 3, ...) dan kolom (A, B, C, ...) dan memasukkan data ke dalam sel-sel grid ini. Untuk memasukkan data peserta diminta untuk klik pada sel yang ingin mereka masukkan data, kemudian taip data tersebut. Mereka boleh memasukkan nombor, teks, tarikh, atau formula ke dalam sel-sel ini. Untuk menggunakan formula pula, mereka diminta untuk klik pada sel di mana mereka ingin hasil formula itu dipaparkan, kemudian taip tanda sama dengan (=) dan formula yang mereka mahu gunakan. Excel mempunyai pelbagai formula yang berbeza untuk melakukan pelbagai pengiraan, seperti penambahan, pengurangan, purata, dan banyak lagi.

Gambar disini