WhatsApp Image 2019-07-23 at 10.17.48.jpeg

Telah diadakan mesyuarat MPKK Kg Jelam/ Durian Tawar bagi tahun 2019 iaitu pada 23Julai 2019. Turut diadakan sesi taklimat My freeview tv kepada ahli jawatankuasa MPKK oleh Pengurus Pusat internet Durian Tawar selaku AJK Multimedia MPKK Kg jelam Durian Tawar.

19720362_1491254040896703_387690477_o.jpg

Pada hari Jumaat bersamaan 6 syawal telah berlangsung Majlis hari Raya atau majlis ramah mesra bersama YB Dato Norul Azali. Majlis diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Jelam durian Tawar. Pelbagai juadah hari raya disediakan seperti tahun- tahun yang lepas juga pemberian sumbangan duit Raya oleh Dato Norul Azali. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim penduduk dan komuniti Kg Jelam/ Durian Tawar

2

Pada 13 April 2017 telah diadakan Mesyuarat bulanan Jkkk Kg durian Tawar yang dihadiri oleh biro- biro lantikan Jkkk. Turut serta Ketua kampung Kg Jelam /Durian tawar, En Rusli Bin Mat Nuh dan beberapa biro- biro lain. Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah- masalah berkenaan kampung dan komuniti juga mengenai penyertaan Pertandingan kampung Tercantik peringkat Daerah Bera. Dalam masa yang sama turut diselitkan promosi aplikasi dashboard I-health yang mana bertujuan membantu menyemak tahap kesihatan dengan dengan mengambil bacaan tekanan darah untuk komuniti di sini.

Telah diadakan pertandingan Anugerah Desa perdana peringkat daerah Bera pada 18 April 2017 yang melibatkan tiga buah kampung termasuk Kg Jelam Durian Tawar. Panel terdiri daripada Pusat berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah Bera, Pejabat Tanah Daerah Bera dan badan-badan lain. Majlis pemilihan Desa tercantik diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Proses pemilihan Desa tercantik temasuklah kriteria dari segi kecantikan, kebersihan dan aktiviti kampung.

 

 Mesyuarat bulanan yang diadakan pada setiap bagi membincangkan perkara-perkara semasa yang berlaku di kampung. Setiap ketua Biro perlu mengemukakan laporan masing-masing ketika mesyuarat berlangsung. Melalui mesyuarat seperti ini,diharapkan segala masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan segera disamping mengeratkan lagi hubungan diantara JKKK kampung dengan penduduk setempat.