Telah diadakan pertandingan Anugerah Desa perdana peringkat daerah Bera pada 18 April 2017 yang melibatkan tiga buah kampung termasuk Kg Jelam Durian Tawar. Panel terdiri daripada Pusat berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah Bera, Pejabat Tanah Daerah Bera dan badan-badan lain. Majlis pemilihan Desa tercantik diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Proses pemilihan Desa tercantik temasuklah kriteria dari segi kecantikan, kebersihan dan aktiviti kampung.