Kampung Durian Tawar, Jelam merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di dalam daerah Bera, Pahang menghala jalan Triang ke Temerloh berdekatan dengan Kg Tanjung Belenggu dan Kg Kubang Panjang. Kampung Durian Tawar telah dibuka pada tahun 1980. Hal ini dapat dikesan pada tahun 1980 dari peninggalan rumah-rumah lama, tanah dusun dan tanah perkuburan yang terdapat di kawasan tersebut. Pada peringkat awal ,kebanyakan penduduk tinggal di Seberang Jelam (seberang sungai Pahang). Hal ini dibuktikan dengan adanya rumah lama di kawasan tersebut dan ada yang masih mendudukinya serta mempunyai tanah di situ. Pada waktu itu tiada kemudahan asas di kawasan tersebut. Perpindahan mula berlaku apabila terbinanya jalan raya pada tahun 1930-an. Penduduk dari Kg Seberang Jelam menggunakan bot atau sampan untuk ke Durian Tawar selepas kawasan ini dimajukan setelah jalan raya dibina dan kini menjadi jalan utama ke Temerloh atau Triang/bandar Bera.

Kampung Durian Tawar terletak di Kuala sungai Pahang kira-kira 15km dari Pusat Pentadbiran Daerah Bera. Kampung ini telah didiami kira-kira 238 tahun dahulu. Sebelum ini, penduduk menggunakan sungai sebagai jalan utama .Selepas jalan raya dibina, penduduk mula menjadikan jalan raya sebagai kemudahan utama. Namun begitu,sungai masih lagi digunakan untuk tujuan perhubungan dengan kampung-kampung seberang seperti Kampung Tok Tua dan Kampung Seberang Durian Tawar. Asalnya Kampung Durian Tawar adalah Kampung Chengkenik.Selepas itu,ditukarkan kepada Kg Durian Tawar bersempena dengan sebatang pokok durian. Menurut ceritanya,pokoknya teramat besar dan banyak buahnya tetapi kesemua buahnya adalah tawar. Kini jambatan Seberang Guai telah dibina memudahkan perjalanan penduduk ke seberang.