jaman.jpeg

Salah satu Restoran yang kini menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mana baru sahaja dibuka Julai ini iaitu Restoran Jaman Tory Terapong. Terletak di belakang Maahad Tahfiz Kampung Kuala Triang berkonsepkan Restoran Terapong di Sungai Pahang. Restoran dibina di pinggir sungai Pahang menjadi tarikan pelanggan setempat dan luar apa tah lagi Restoran Jaman Tory sudah menempa nama menjalankan perniagaan di Restoran Jaman Tory Kuantan yang dikenali. Menjual makanan nasi tengahari masakan kampung Pahang terutamanya ikan Patin Tempoyak dan masakan panas. Dibuka setiap hari bermula 11.00 pagi hingga 10.30 malam.

cendolmakteh.jpeg

Gerai Cendol Makteh terletak di tepi sungai berdekatan NADI Durian Tawar iaitu di lokasi di tapak Pekan Sehari Durian Tawar. Cendol Mak Teh bukan sahaja menyediakan minuman cendol malah juga menghidangkan minuman dan makanan lain seperti nasi Lemak, mi kari, mi sup, laksa, mi rebus, pulut dan sambal dan lain- lain. Untuk air pula turut menyediakan air batu jagung, ABC dan lain- lain selain cendol. Dibuka setiap hari 10 pagi sehingga 5.30 Petang. 

ikan_patin_tempoyak_blog2.jpg

Antara menu pilihan bagi pengunjung- pengunjung dari luar negeri untuk ke negeri Pahang adalah Ikan patin masak tempoyak. Selain daerah Temerloh, Bera juga terkenal dengan masakan- masakan yang berasaskan ikan patin dan juga tempoyak kerana terletak di sepanjang sg Pahang. disebabkan ini, kebanyakan penduduk sekitar menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perikanan iaitu penternakan ikan patin sangkar dan tilapia. sekiranya anda berkunjung di daerah Bera, anda juga akan melihat di sepanjang perjalanan dari Temerloh menghala ke Triang atau negeri Sembilan terdapat gerai- gerai yang menjual ikan patin sangkar dan kebanyakan restoran, kedai makan, gerai makan di sini terdapatnya menu wajib kebanggaan negeri Pahang ini. oleh kerana di sini ikan nya diternak di dalam sangkar air sg Pahang yang sentiasa mengalir membuatkan masakan ikan tidak hanyir dan sangat di gemari pengunjung dalam dan luar negeri.

Capture.PNG

Bagi pengunjung yang ingin ke daerah Bera dan sekitar Kg Durian Tawar, antara makanan yang wajib di cuba adalah 'Lempeng Wan Koi'. Lempeng atau pancake ini adalah antara makanan yang amat dikenali di Malaysia dan sangat mudah disediakan. Apa yang menariknya dengan lempeng ini adalah namanya yang unik dan apabila dirasai pasti akan mengimbau kenangan nenek menyediakan hidangan ringkas ini kerana itu dipanggil lempeng wan koi dalam loghat negeri Pahang. Tekstur nya yang tebal dan rangup disediakan panas bersama sambal bilis dan kuah kari sangat digemari oleh pengunjung- pengujung yang mencubanya. Bagi yang berminat untuk merasainya boleh berkunjung ke Restoran D'Tebing Bedara Tok Langit di Bera, Pahang.

 

Kg Durian Tawar terletak di dalam Daerah Bera. Terdapat pelbagai jenis makanan yang popular di Negeri Pahang terutamanya di Bera. Antara makanan yang biasa didapati disini adalah seperti ikan patin masak tempoyak,sambal tempoyak daun,air nira,sambal kulat sisir dan terdapat beberapa jenis lagi makanan yang popular disini. Pada kebiasaanya makanan tersebut akan dijamu ketika kenduri kendara.