2

Pada 13 April 2017 telah diadakan Mesyuarat bulanan Jkkk Kg durian Tawar yang dihadiri oleh biro- biro lantikan Jkkk. Turut serta Ketua kampung Kg Jelam /Durian tawar, En Rusli Bin Mat Nuh dan beberapa biro- biro lain. Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah- masalah berkenaan kampung dan komuniti juga mengenai penyertaan Pertandingan kampung Tercantik peringkat Daerah Bera. Dalam masa yang sama turut diselitkan promosi aplikasi dashboard I-health yang mana bertujuan membantu menyemak tahap kesihatan dengan dengan mengambil bacaan tekanan darah untuk komuniti di sini.