Tarikh: 25 September 2024

Masa: 3.00 Petang- 4.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah dari pelbagai sumber yang tersedia di internet

Aktiviti:

Peserta perlu gunakan kata kunci yang lebih terperinci untuk hasil yang tepat. Peserta juga perlu gabungkan kata kunci untuk mencari kedua-duanya atau salah satu. Gunakan perkataan berkaitan jika hasil kurang
relevan.

Gambar disini

Tarikh: 9 Ogos 2024

Masa: 2.30 Petang- 3.30 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Peserta diberi penerangan ringkas cara-cara untuk menggunakan paint. Peserta juga turut diajar tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada paint dan bagaimana untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Aktiviti:

Paint membolehkan peserta mengekspresikan idea dan imaginasi dalam bentuk visual. Ia adalah alat yang mudah untuk mencipta karya seni digital tanpa perlu kemahiran profesional. Paint mempunyai antaramuka yang mudah dan mesra pengguna, sesuai untuk pemula dan kanak-kanak yang baru belajar melukis secara digital.

Gambar disini

Tarikh: 3 Ogos 2024

Masa: 4.00 Petang- 5.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

PowerPoint menawarkan pelbagai pilihan untuk mengubah format bentuk, termasuk pilihan warna, garisan, bayangan, dan tekstur. Ini membolehkan anda menghasilkan gambar yang berwarna-warni dan menarik dengan mudah. Ia juga membolehkan pelajar belajar tentang reka bentuk grafik secara praktikal dan kreatif

 

Aktiviti:

Peserta boleh menggabungkan beberapa bentuk untuk membuat gambar yang lebih kompleks. Contohnya, untuk melukis rumah, anda boleh menggunakan segi empat untuk badan rumah dan segi tiga untuk atap. Gunakan fungsi "Align" dan "Group" dalam tab "Format" untuk menyelaraskan dan menggabungkan bentuk-bentuk tersebut menjadi satu objek. Setelah melukis bentuk atau gambar, peserta boleh menambahkan warna, garisan, dan efek lain untuk memperbaiki lukisan mereka. Klik pada bentuk yang dilukis dan gunakan tab "Format" untuk mengubah warna isi, garis, bayangan, dan lain-lain.

Gambar disini

Tarikh: 4 Ogos 2024

Masa: 4.00 Petang- 5.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Tujuan menggunakan enjin carian adalah untuk mencari maklumat dengan cepat dan efisien. Enjin carian membantu mempercepat proses mendapatkan maklumat yang relevan dan bermanfaat.

Aktiviti:

Peserta perlu menenentukan apa yang mereka ingin cari. Adakah anda mencari maklumat am, fakta tertentu, gambar, video, atau produk? Gunakan enjin carian popular seperti Google, Bing, atau Yahoo. Setiap enjin carian mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan setiap peserta.

Gambar disini

Tarikh: 3 Ogos 2024

Masa: 4.00 Petang- 5.00 Petang

Tempat: NADI Durian Tawar

Tujuan:

Dengan mempelajari affiliate Shopee, peserta dapat mengasah kemahiran dalam pemasaran digital, seperti pengurusan media sosial, pemasaran kandungan, dan SEO. Kemahiran ini sangat berharga dalam dunia perniagaan digital dan boleh digunakan dalam bidang lain. Mempelajari dan menyertai program affiliate Shopee juga boleh membantu peserta membina rangkaian dengan pembeli dan penjual lain dalam talian. Ini boleh membuka peluang untuk kerjasama atau perniagaan baru di masa hadapan. Dengan mempelajari affiliate Shopee, peserta akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana e-dagang berfungsi. Ini termasuk pemahaman tentang tingkah laku pengguna dalam talian, teknik pemasaran yang berkesan, dan tren pasaran.

Aktiviti:

Peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai affiliate shopee. Setelah akaun  disahkan, log masuk ke Shopee Affiliate. Peserta boleh mencari produk yang ingin dipromosikan dan mendapatkan pautan affiliate unik yang boleh  dikongsi. Peserta diajar cara-cara untuk membuat kandungan yang menarik dan relevan untuk menarik minat pengguna dan meningkatkan klik pada pautan affiliate

Gambar disini