Kawasan sekitar Pusat Internet 1M Durian Tawar yang berdekatan dengan persisiran sungai Pahang menjadi tarikan penduduk bukan sahaja di kawasan ini malah penduduk warga kota yang berasal dari kampung ini pulang ke kampung untuk mengail kerana tidak mahu melepaskan peluang merasai ikan segar dari sungai sekiranya  tiba waktu musim mengail sudah menjadi aktiviti bermusim di kawasan ini. Selain daripada itu Kg Durian Tawar juga merupakan laluan utama ke Negeri Sembilan. Pemandangan sungai yang indah dapat dilihat disepanjang perjalanan tersebut. Mereka juga boleh singgah di Bera Waterfront yang terdapat di Kampung Mengkarak untuk berehat dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.