Untuk info keusahawan pada bulan ini, kami memperkenalkan bunga orkid hiasan hasil sentuhan tangan Puan Jafiah Kamaruddin. Beliau sememangnya gemar dalam gubahan bunga bermula sebagai hobi, kini beliau sudah mula menerima tempahan dan jualan kepada yang berminat untuk hiasan rumah, meja kelas, kantin dan sebagainya. Bunga orkid ini sendiri menghasilkan  ciri- ciri tradisional yang sangat menarik dan kelihatan segar sesuai dijadikan hadiah untuk ibu, guru dan juga untuk diri sendiri. Harga yang berpatutan mengikut saiz, kelopak bunga, dan jenis pasu. Yang menariknya harga nya tidak mencecah Rm100 pun dan boleh membuat tempahan mengikut cita rasa sendiri.