PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET DURIAN TAWAR

Tarikh:22 Disember 2018

Masa: 8.00 Pagi- 1.00 Ptg

Tempat: Pusat Internet Durian Tawar

Tujuan: Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat,mengeratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti,agensi serta NGO bagi mewujudkan komuniti sihat. Di samping itu program ini diadakan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan Teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti: Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan pelbagai peringkat umur dari bayi sehingga warga emas.program ini juga turut melibatkan beberapa agensi seperti Klinik Kesihatan Daerah Bera,Perpustakaan awam Daerah Bera,Ar Rahnu Yapeim dan Unit Tabung Darah HOSHAS.

Klik Disini