Tarikh:21 Disember 2019 Masa: 9.00 Pagi -1.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Objektif perlaksanaan ini adalah untuk memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti, agensi serta ngo bagi mewujudkan komuniti sihat. Di samping itu program ini diadakan untuk mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi serta menggalakkan penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kemudahan di pusat internet. Menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kemudahan pusat internet. Menggalakkan komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Mengeratkan hubungan silaturahim diantara komuniti. Meningkatkan kemahiran dikalangan usahawan tempatan dengan adanya bengkel keusahawanan yang dijalankan di pusat internet
Aktiviti:
Diadakan pertandingan mengarang artikel bagi kategori dewasa dan pelajar sekolah menengah,pertandingan menaip bagi kategori dewasa,pertandingan puzzle blok dan word search bagi kayegori sekolah menengah dan rendah. Turut diadakan pertandingan sukan rakyat seperti semakin jauh semakin sayang,dadu train,musang berjanggut dan pertandingan makan sayur. Turut diadakan pertandingan kuiz kahoot dan cabutan bertuah.