Tarikh:  1 Disember 2023

Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Tempat: PEDi Durian Tawar

Tujuan:

Membuat pendaftaran secara atas talian. Mengisi maklumat dan detail yang diperlukan. Menghantar permohonan tersebut.

Aktiviti:

Membantu peserta untuk menambahkan dana perniagaan beliau. Menggalakkan peserta untuk meningkatkan pengeluaran produk dan meningkatkan lagi pendapatan beliau

Gambar disini

Tarikh:  23 November 2023

Masa: 9.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Tempat: Perpustakaan Desa Kg Dato Sri Hamzah

Tujuan:

Mempromosikan PEDi kepada komuniti sekitar dan pelbagai jenis agensi. Mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti taklimat KDB,puzzle online,silang kata,kuiz ICT dan pelbagai hadiah menarik turut disediakan

Aktiviti:

Peserta diberi taklimat ringkas mengenai fungsi penggunaan internet secara bijak dan berkongsi tips penggunaan internet dengan betul. Berkongsi tips untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber. Orang ramai juga boleh menjawab pelbagai soalan ICT menggunakan tablet yang disediakan.

Gambar disini

Tarikh:  10 November 2023

Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Tempat: PEDi Bandar 32

Tujuan:

Membantu peserta untuk menggunakan tiktok dan membuat jualan dengan tiktok. Peserta turut diajar cara-cara untuk menjadi affiliate tiktok. Meningkatkan kemahiran peserta untuk menggunakan tiktok sebagai medium jualan. Meningkatkan pengetahuan peserta untuk menjadi affiliate di tiktok. Meningkatkan kemahiran peserta untuk membuat video bagi mempromosikan produk di tiktok.

Aktiviti:

Membuat pendaftaran tiktok. Membuat pendaftaran sebagai affiliate tiktok. Mempelajari teknik-teknik membuat live di tiktok.

Gambar disini

Tarikh:  10 November 2023

Masa: 9.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Tempat: Sk Kerayong Jaya

Tujuan:

Meningkatkan pemahaman peserta mengenai penggunaan internet secara bijak. Mengelakkan pelajar untuk terlibat dengan kegiatan buli siber. Berkongsi tips tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya dibuli di alam maya. Menguji kefahaman pelajar mengenai KDB melalui kuiz yang diadakan.

Aktiviti:

Peserta diberi taklimat ringkas mengenai fungsi penggunaan internet secara bijak dan berkongsi tips penggunaan internet dengan betul. Berkongsi tips untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber. Menjawab soalan kuiz spontan KDB

Gambar disini

Tarikh:  9 November 2023

Masa: 9.00 Pagi- 1.00 Petang

Tempat: Perpustakaan Desa Kg Batu Papan

Tujuan:

Menggalakkan peserta melakukan aktiviti yang berfaedah menggunakan komputer. Mengelakkan mereka menjadi mangsa ketagihan gajet.

Aktiviti:

Melakukan aktiviti permainan atas talian (puzzle online). Menggalakkan mereka untuk berfikir dengan lebih inovatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Gambar disini