Bersempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba ini, sudah semestinya jualan kuih raya sudah mula meningkat di kalangan pembeli- pembeli tidak kira di luar kota mahupun kota. Sama seperti yang lain, pasangan adik beradik Roha Wan Mohd Noor dan Rusnah Mohd Noor sudah pasti sedang sibuk menyiapkan tempahan kuih raya di sekitar kawasan Kg Jelam Durian Tawar dan sudah pastinya pelanggan dari luar negeri juga. lokasi kedai iaitu dihadapan masjid Kg Jelam sudah pastinya sangat dikenali penduduk di sini. Bukan sahaja menjual kuih raya, malahan juga terdapat Kek yang mana merupakan produk utama yang dijula di kedai ini. Antara biskut raya yang terkenal dan selalu dikeluarkan ialah red velvet and chip, almond landon, tart nenas, semperis cheese, tart strawberry, biskut mencari cinta, biskut sampan, popia simpul.