USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN

Nama: Noraslinda binti Daim

Umur: 31 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Puan Linda merupakan seorang tatarias pengantin. Sangat aktif dalam menghasilkan video menarik di Tiktok miliknya seperti tutorial solekan, dan video jualan produk kecantikan barang yang digunakan untuk solekannya termasuklah minyak wangi pelbagai jenis bauan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat sedikit demi sedikit dan beliau masih belajar untuk pemasaran secara online untuk jenamanya lebih dikenali ramai. Beliau mula membuat promosi di media sosial dan platform e-dagang seperti facebook page, facebook status, whatsapp status dan kini mula berjinak di platform Tiktok yang semakin digemari ramai.