USAHAWAN Dodol

Nama: Suhanim bt Sahbudin

Umur: 42 Tahun

Ahli: 2023

Latar belakang

Puan Suhanim merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengahasilkan dodol secara tradisional yang diwarisi sejak turun temurun dari ibu bapanya. Beliau menjalankan perniagaan hanya dari rumah sahaja dan kini perniagaan beliau sudah semakin berkembang maju dan semakin dikenali ramai. Beliau juga telah mula memasuki ke pasaran Malaysia secara atas talian menggunakan platform Facebook, Tikok dan shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja. Jualan juga agak terhad dan sukar untuk mendapat pelanggan baru

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat dan semakin dikenali ramai. Beliau telah berjaya mendapat pelanggan luar dari negeri Pahang. Kebanyakan pelanggan beliau amat berpuas hati dengan rasa dodol ini. Ramai diantara mereka membeli semula setelah kali pertama mencuba. Kini beliau semakin aktif melakukan pemasaran dan membuat jualan secara atas talian.