TAKLIMAT KDB, KUIZ ICT, POSTER (MS POWERPOINT)

Nama: Pelajar SK Felda Mayam Literasi ICT

Umur: 10 Tahun- 12 Tahun

Ahli: 2024


Latar belakang

Merupakan pelajar tahap 2 Sk Felda Mayam. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan yang berbilang kaum terdiri daripada kaum Melayu dan India

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Para pelajar masih belum didedahkan tentang penggunaan internet secara bijak melalui program Klik Dengan Bijak. Mereka tidak tahu untuk menggunakan internet secara bijak dan masih tidak tahu bahaya yang ada di internet. Mereka menggunakan internet tanpa waspada dan tanpa berhati-hati.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai apa itu buli siber, bagaimana ia berlaku, dan kesan negatifnya kepada mangsa. Menyedari betapa seriusnya kesan buli siber terhadap kesihatan mental, emosional, dan fizikal mangsa, termasuk tekanan, kemurungan, dan kecemasan. Mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghindari buli siber, seperti menetapkan privasi akaun media sosial, tidak berkongsi maklumat peribadi secara terbuka, dan mengenali tanda-tanda awal buli siber.