http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/370-kisah-kejayaan-3rd-quarter-2018-celik-it#sigFreeId55b7135ac0
Latar belakang
Merupakan pelajar tahap 2 SK Durian Tawar merangkumi semua kelas. Pelajar ini terdiri daripada pelbagai jenis unit badan beruniform dan sangat aktif serta mempunyai minat yang tinggi terhadap ICT. Rata-rata dari mereka sudah menjadi ahli PI dan sering ke PI untuk mendapatkan kelas komputer dan mendapatkan bantuan dari petugas untuk menyiapkan kerja sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, enjin carian dan asas Microsoft office. Tetapi masih ada pelajar yang berkebolehan dalam menggunakannya. Mereka kebanyakan tidak mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT. Walaupun begitu,mereka mempunyai minat yang tinggi untuk belajar komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, setelah menyertai Kelas Literasi ICT bersama PI, kini mereka semakin positif dalam menggunakan komputer. Tidak lagi takut- takut dan sudah semakin cekap menggunakan komputer. Pihak sekolah juga turut mengalu-alukan PI agar membuat lagi program dan kelas seumpama ini pada masa akan datang. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga semakin berminat untuk
Apa yang dipelajari melalui PI
- Belajar menggunakan MS Office Powerpoint dengan baik.
- Mengenali perkakasan komputer.
- Mendengar taklimat KDB dan menonton video berkaitan KDB
- Meningkatkan tahap keyakinan peserta dan menarik minat mereka untuk belajar komputer.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI membantu melahirkan masyarakat yang celik IT
- Memberi kelas lanjutan kepada para peserta yang telah mengikuti kelas asas komputer.
PI tidak pernah berhenti memberi kerjasama dalam memberi bantuan ICT yang diperlukan.
Maklumbalas
PI1M banyak membantu dalam usaha meningkatkan pengetahuan komuniti setempat dalam bidang ICT supaya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan seiring dengan matlamat negara yang menginginkan rakyat yang sentiasa berdaya saing dan celik IT.
PI1M banyak membantu dalam usaha meningkatkan pengetahuan komuniti setempat dalam bidang ICT supaya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan seiring dengan matlamat negara yang menginginkan rakyat yang sentiasa berdaya saing dan celik IT.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/370-kisah-kejayaan-3rd-quarter-2018-celik-it#sigFreeId55b7135ac0