Latar belakang

Cik Amirah mula bergiat dalam jualan barangan kecantikan pada awal tahun ini dimana beliau melihat produk bumiputera ini antara produk yang sudah mengambil hati ramai pengguna dan dijamin keberkesanan nya.Beliau merupakan seorang ahli Pusat Internet Durian Tawar yang aktif dan selalu menggunakan perkhidmatan di sini bukan sahaja untuk urusan pembelajaran malahan untuk jualan produk kecantikannya. Beliau juga aktif dalam mempromosikan produknya secara online dan juga di university nya. Disebabkan beliau aktif memasarkan produknya di facebook, kini perniagaannya semakin dikenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, Cik Amirah memperkenalkan produknya kepada kenalan terdekat dan saudara mara serta rakan- rakan university dan pelajar university. Beliau perlu menghabiskan masa, tenaga dan kadangkala tidak sempat mengejar masa untuk menjual produknya di atas tugasannya sebagai seorang pelajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini selepas penggunaan ICT, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Dearah dan negeri terutamanya rakan laman sosial Facebook dengan lebih mudah dan cepat untuk menguruskan tempahan. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitarnya sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau sebagai duit tambahan sebagai seorang pelajar. Beliau telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Apa yang dipelajari melalui intenet

Mempelajari cara membuat page melalui Facebook

  • Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
  • Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di media sosial
  • Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp dan My Shop.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI1M membantu mendapatkan maklumat

Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan

  • Membantu mempromosi produk di portal PI

Maklumbalas

PI banyak membantu beliau bukan sahaja untuk perkhidmatan ICT malahan membantu dalam bantuan promosi secara langsung dan tidak langsung