USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN DAN PERKHIDMATAN (INAI)
Nama: Siti Fahira Nafika Khairil Isham Umur: 18 Tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Cik Fahira merupakan pelajar lepasan SPM dan beliau sedang menyambung pelajaran di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam peringkat di diploma. Beliau sangat aktif dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi kerana mengikut jejak langkah ibu bapanya yang sudah lama bertapak di dalam dunia perniagaan. Oleh kerana minatnya dalam bidang kecantikan Cik Fahira mula menambah ilmu kemahiran melukis inai pengantin yang juga menjual pelbagai jenis inai celup untuk jari, rambut, kuku dan sebagainya bagi menambah duit poket untuk kegunaan hariannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menghebahkan produknya secara berhadapan dengan pelanggan sahaja dan terhad kepada rakan terdekat sahaja. Beliau juga meletakkan produknya di pameran dan jualan juga di pusat internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT melalui hebahan di media sosial instagram dan aplikasi whatsapp, produk yang dijual semakin dikenali ramai. Beliau juga telah banyak mendapat tempahan dari pelanggan diluar kawasan. Beliau juga kini semakin mudah untuk mempromosikan bisnes beliau melalui aplikasi instagram miliknya. Para pelanggan juga dapat melihat aktiviti dan gambar yang di muat naik di dalam akaun media sosial nya. Ini juga menjimatkan masa nya sebagai seorang pelajar.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/460-keusahawanan-cik-siti-fahira-nafika-bt-khairil-isham#sigFreeIdec82cc4b80