TAKLIMAT KDB, KUIZ ICT, POSTER (MS POWERPOINT)

Nama: Pelajar Smk Bukit Mendi

Umur: Tingkatan 1 dan 2

Ahli: 2019


Latar belakang

Merupakan pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang menetap di sekitar Felda Bukit Mendi. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, enjin carian dan asas Microsoft office. Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak  mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Literasi ICT bersama PI, mereka semakin bagus dalam menggunakan komputer. Mereka boleh menggunakan Microsoft Power Point dan sudah mampu membuat poster menggunakan Power point dengan kreativiti mereka sendiri. Mereka juga berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai asas pengenalan internet dan asas komputer. Mereka juga sering berkunjung ke PI berdekatan bagi mendapatkan kelas lanjutan dari petugas PI. Dengan adanya kelas ICT ini,ia dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu ICT.