USAHAWAN KECIL PEMBUATAN PRODUK MAKANAN (JERUK ASAM BOI)

Nama: Nurfarahana bt Sammeri

Umur: 27 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Cik Nurfarahana merupakan seorang pekerja yang berdedikasi. Beliau sangat rajin dan menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pekerja dengan baik sekali sehingga menjadi pekerja yang dipercayai oleh majikannya. Beliau amat serius dalam menjalankan tanggungjawab hakiki beliau. Pada masa yang sama,beliau turut menjalankan perniagaan sampingan menjual jeruk manga asam boi buatan sendiri. Perniagaan ini tidak mengganggu urusan kerja beliau sebagai seorang kerani. Sebelum ini beliau hanya menjual jeruk mangga asam boi tersebut kepada komuniti dikampungnya sahaja. Kini jualannya sudah semakin jauh dengan adanya platform media social.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau memasarkan jualannya hanya melalui rakan terdekat, saudara mara, dan juga komuniti disekitar kampungnya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini,beliau telah menggunakan ilmu ICT yang ada dengan sebaiknya dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya,Beliau kini telah menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai platform utama dalam mempromosikan perniagaannya.. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan yang meluas terutamanya rakan di facebook.