USAHAWAN KECIL AGEN PRODUK MAKANAN NZ CRUNCHIES
Nama: Siti Nor adila Syafiqah Umur: 19 Tahun Ahli: 2015 |
Latar belakang
Cik Nur Adila bermula dengan menjual pelbagai barangan seperti tudung, ajen kecantiukan dan dropship barangan. Walaupun masih seorang pelajar namun, beliau masih mengambil peluang untuk menjalankan aktiviti jualan walaupun kecil –kecilan sahaja. Walaupun begitu, perniagaannya tidak menjejaskan prestasi pelajarannya. Beliau bermula dengan menjual dan promosi kepada rakan sebayanya kini, beliau sudah mula menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp bagi tujuannya meningkatkan jualan dan pendapatan sampingannya. Beliau sudah mula mempromosikan produk jualannya di halaman kumpulan di daerahnya dan juga di akaun Facebook miliknya sendiri
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Nur Adila hanya menjual kepada rakan sebaya dan saudara mara nya sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini,beliau telah menggunakan ilmu ICT yang ada dengan sebaiknya dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya,Beliau kini telah menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai platform utama dalam mempromosikan perniagaannya.. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan yang meluas terutamanya rakan di facebook.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/622-keusahawanan-cik-siti-nor-adila#sigFreeId5d72ebed41