Membuat Akaun shopee dan menjual atas talian di Shopee
Nama: Bengkel Usahawan Shopee Umur: 19- 52 Tahun Ahli: 2015- 2020 |
Latar belakang
Merupakan usahawan sekitar Kg Jelam/Durian Tawar dan Daerah Bera
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebanyakan diantara mereka berniaga secara kecil- kecilan dan mengambil peluang menggunakan platform Shopee bagi memajukan dan meningkatkan lagi pendapatan tetap dan sampingan mereka. Sebelum ini mereka menggunakan ICT bagi tujuan asas seperti mengambil gambar dan tujuan media sosial tidak kepada menjual produk secara serius.. Mereka juga ada diantara yang tidak begitu mahir dan sudah lama tidak mengunakan komputer. Dengan ini, mereka lebih serius apatah lagi shopee adalah salah satu platform yang terkenal pada masi kini dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam mempromosikan produk seperti edit gambar dan membuat iklan produk
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, setelah menyertai Bengkel Usahawan Shopee bersama PI, mereka semakin bijak dalam menggunakan telefon pintar dan komputer. Mereka kini mampu untuk edit gambar produk dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar dengan lebih cepat dan mudah untuk mereka muat naik produk kedalam aplikasi jualan atas talian tersebut. Mereka juga semakin cekap untuk menggunakan komputer. Dengan kebolehan yang ada ini dapat membantu mereka untuk mempromosikan produk di media sosial disamping menjual di platform shopee.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/623-celik-it-bengkel-usahawan-shopee#sigFreeId77418219b1