USAHAWAN KECIL PRODUK KRAFTANGAN (BANTAL BERCETAK/ KEYCHAIN/ MUG)

Nama: Saidatul Azreen binti Abdul Khalib

Umur: 31 Tahun

Ahli: 2010

Latar belakang

Cik Saidatul Azreen merupakan seorang kerani di sebuah sekolah. Walaupun begitu beliau masih berminat untuk menjalankan perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan beliau.Beliau menjual pelbagai jenis kraftangan  buatan sendiri. Antara produk yang popular adalah bantal  bercetak,thumbler,keychain,cuci gambar dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menjual produk kraftangannya kepada kawan terdekat sahaja dan jualan juga agak terhad kepada komuniti sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT ,target jualan beliau sudah berubah dan mampu menjual kepada banyak pelanggan di seluruh Malaysia. Hal ini kerana,beliau sudah mempunyai page Facebook serta IG bagi mempromosikan lagi jualan beliau. Terkini,beliau sudah memiliki akaun Shopee bagi meningkatkan lagi jualan beliau. Sejak menjual menggunakan platform Shopee,jualan beliau semakin meningkat dari hari ke hari. Pelanggan juga semakin bertambah dan semuanya meninggalkan testiimoni yang baik dan berpuas hati dengan produk beliau.