USAHAWAN KECIL AJEN PRODUK PAKAIAN (BLOUSE)
Nama: Amirah binti Ahmad Umur: 23 Tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Cik Amirah merupakan seorang pelajar universiti di Selangor dan sedang dalam proses menjalani latihan praktikal dalam bidangnya. Beliau gemar berniaga dan bermula sewaktu belajar di IPT lagi. Selain dari minat nya dalam berniaga beliau juga ingin menjana pendapatan sampingan sebagai seorang pelajar
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menjual produk kepada rakan terdekat dan saudara maranya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat dan lebih dikenali ramai. Ini adalah kerana kesungguhan beliau dalam promosi dan sentiasa update posting di laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram. Beliau kini sudah mula mempelajari teknik menggunakan jualan atas talian seperti Shopee dan menghadiri bengkel yang disediakan oleh Pusat Internet komuniti.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/677-keusahawanan-cik-amirah-binti-ahmad#sigFreeIdb674a8065f