USAHAWAN Tudung Bawal

Nama: Rubiah binti Zakaria

Umur: 30 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Puan Rubiah merupakan seorang Pengurus di sebuah kedai alat tulis dan fotostat di bandar Bera. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perusahaan hijab. Oleh kerana itu, beliau mula menjual tudung jenamanya sendiri sebagai pendapatan tambahan dan pengalaman baru. Beliau menjual pelbagai jenis tudung bawal bercorak printed, plain dan berbatu untuk beberapa saiz.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat sikit demi sedikit dan beliau masih belajar untuk pemasaran secara onlineuntuk jenamanya lebih dikenali ramai. Beliau mula membuat promosi di media sosial dan platform e-dagang seperti facebook page, facebook status, whatsapp status dan kini mula berjinak di platform shopee walaupun masih baru.