Pada 14 julai 2017 telah diadakan Majlis Hari Raya Sk Durian Tawar yang bertempat di Dewan Tok Gajak Sk Durian Tawar. Majlis dihadiri beberapa jemputan istimewa diantaranya dipertua PIBG, Pegawai Pendidikan daerah Bera dan  ibu bapa. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 dan jamuan diserikan dengan pelbagai juadah hari raya.

 

 

 

 WhatsApp_Image_2017-04-16_at_11.30.37.jpeg

Mesyuarat Jawatankuasa penasihat Perpustakaan Desa Mengkarak telah diadakan pada 13 April 2017 bertempat di Perpustakaan Desa Mengkarak. Antara yang dihadiri adalah Penghulu Mukim Triang, Pengerusi JKKK Kampung Mengkarak, Ketua Perpustakaan Awam daerah Bera, Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan Mengkarak, Guru Besar Sekolah keb Durian Tawar, Imam masjid dan RELA Kampung Mengkarak. Antara isu yang dibincangkan antaranya adalah melaksanakan program- program yang besesuaian kepada penduduk setempat. Antara program terkini adalah 'Jom Baca Bersama 10 minit' yang akan berlangsng serentak pada 25 April 2017.

 Pada 14 Mei 2016, telah diadakan satu ceramah motivasi keibubapaan yang berlangsung di Dewan Sk durian Tawar. ceramah motivasi tersebut dihadiri oleh pelajar- pelajar Sk durian Tawar dan ibu bapa. Program ini dianjurkan oleh sekolah Durian Tawar bagi menaikkan prestasi dan kecemerlangan anak- anak. Bertemakan peranan ibu bapa ke arah kecemerlangan anak- anak pihak sekolah telah menjemput penceramah khas yang amat berpengalaman iaitu yang Berbahagia Dato' Dr Roselan bin Baki. ceramah ini secara langsung menaikkan semangat ibu bapa perihal tanggungjawab ibu bapa yang amat penting dalam kecemerlangan dan kejayaan anak mereka. 

 

 

 

Tahniah kepada calon UPSR tahun 2016 yang masih mengekalkan ranking pertama dalam daerah Bera. Diharapkan adik- adik dapat mengekalkan keputusan ini untuk tahun yang seterusnya dengan lebih cemerlang.

1.BM Pemahaman: 95% lulus,GPS 1.82
2.BM Penulisan : 86% lulus,GPS 2.32
3.BI Pemahaman: 81.8% lulus,GPS 2.41
4.BI Penulisan: 72.7% lulus,GPS 2.68
5.Matematik: 68% lulus,GPS 2.82
6.Sains: 100% lulus,GPS 2.23

KEPUTUSAN KESELURUHAN : 91.0%
dengan kegagalan 2 org.
MP.BM PEMAHAMAN: GPS 1.82.
6A - 1 org
5A 1B - 1 org
4A 2B - 1 org
3A - 2 org
GPS keseluruhan 2.38 terbaik daerah Bera.

Tahniah diucapkan kepada adik- adik yang mendapat keputusan UPSR pada tahun ini. Seramai 3 org mendapat 5A

 

Keputusan semua mata pelajaran 100% dan memperolehi 

GPS 1.45

 untuk sekolah Durian Tawar