Dukacita dimaklumkan tiada kelas pada bulan JANUARI 2021 kerana PIK tidak beroperasi akibat banjir. PIK dalam proses pemulihan dan beroperasi pada 18 Feb 2021 |
Tarikh: 8 Disember 2020 Masa: 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak serta bahaya yang terdapat di internet melalui taklimat KDB. Membantu peserta untuk membuat poster yang menarik dan kemas.
Aktiviti:
Satu taklimat pengenalan Pusat Internet dan taklimat KDB disampaikan oleh petugas. Peserta diminta untuk mendaftar sebagai pengguna di aplikasi Canva. Peserta diberi tunjuk ajar untuk menngunakan aplikasi canva bagi menyiapkan poster yang diingini.
Tarikh: 17 Disember 2020 Masa: 5.00 Petang- 6.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Membantu peserta untuk mengisi maklumat pelajar di dalam portal dan mencetak maklumat tersebut
Aktiviti:
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk log masuk ke dalam portal kementerian pelajaran. Peserta diminta untuk mengisi semua maklumat pelajar seperti yang dikehendaki dan mencetak maklumat tersebut.
Tarikh: 18 Disember 2020 Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang fungsi enjin carian dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencari maklumat menggunakan enjin carian
Aktiviti:
Peserta diminta membuka pelayar google chrome dan seterusnya menaip maklumat yang ingin dicari dan membuat carian yang berkaitan. Menyalin info yang berkaitan
Tarikh: 20 November 2020 Masa: 3.00 Ptg- 4.00 Ptg Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Menggalakkan penggunaan ICT dalam aktiviti pembelajaran. Dapat menjaga SOP dan mengelakkan dari bertemu ramai orang yang boleh meningkatkan risiko jangkitan Covid 19.
Aktiviti:
Peserta perlu log masuk dan meneruskan kelas tersebut sehingga tamat