Tarikh: 17 Oktober 2020 Masa: 9.30 Ptg-10.30 ptg Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Membantu peserta untuk membuka akaun MyTnb bagi memudahkan mereka untuk melihat penyata bil bulanan dan membuat pembayaran bil secara atas talian.
Aktiviti:
Peserta diminta untuk mengisi maklumat yang diminta bagi pendaftarn MyTnb. Peserta diminta untuk log masuk ke akaun MyTnb yang telah didaftarkan dan meneliti serta membaca maklumat dan info yang tertera pada portal tersebut
Tarikh: 15 Oktober 2020 Masa: 12.00 Tghri-1.00 ptg Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Menggalakkan peserta untuk menggunakan komputer dan internet bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Memberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membuat pendaftaran MySalam
Aktiviti:
Peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan enjin carian Google. Peserta membuat pendaftaran baru MySalam
Tarikh: 5 Oktober 2020 Masa:11.00 Pg-1.00 Ptg Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak serta bahaya yang terdapat di internet melalui taklimat KDB. Membantu peserta untuk membuat poster yang menarik dan kemas dengan menggunakan aplikasi Canva..
Aktiviti:
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai fungsi Shopee dan bagaimana untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi menjual produk. Peserta diminta untuk membuka akaun shopee dan cuba menjual menggunakan platform ini.
Tarikh: 12 Oktober 2020 Masa: 3.00 Ptg-5.00 Ptg Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Membantu peserta untuk menyiapkan kerja kursus. Memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mendapatkan maklumat dan info berkaitan menggunakan enjin carian.
Aktiviti:
Peserta diminta untuk mencari maklumat berkaitan menggunakan enjin carian. Peserta perlu mengolah maklumat yang dicari bagi menyiapkan kerja kursus yang baik
Tarikh: 4 Oktober 2020 Masa: 11.00 Pg-1.00 Ptg Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Membantu peserta untuk memohon pekerjaan melalui portal SPA. Membantu peserta untuk mengisi borang SPA
Aktiviti:
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat pendaftaran di portal SPA. Peserta diminta untuk mengisi borang dan maklumat yang betul di portal SPA tersebut