Tarikh:16 November 2019 Masa:9.00 Pagi -1.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Bagi mempromosikan pusat internet kepada komuniti sekitar disamping memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan penduduk serta meningkatkan hubungan dengan agensi terlibat. Program ini juga dapat menjana pendapatan sampingan kepada usahawan tempatan
Aktiviti:
Pada sebelah pagi diadakan pertandingan ICT seperti Puzzle,Menaip dan Mengarang Artikel. Kemudian diadakan taklimat ringkas KDB dan taklimat ringkas oleh setiap wakil agensi. Turut diselitkan aktiviti sukaneka. Program diakhiri dengan pertandingan kuiz kahoot,cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tarikh: 15 November 2019 Masa: 9.00 Pagi -12.00 Tengahari Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Meningkatkan pemahaman peserta mengenai perkakasan komputer. Membantu mereka untuk menggunakan perkakasan komputer dengan lebih baik seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Menarik minat mereka untuk terus belajar komputer
Aktiviti:
Satu taklimat mengenai perkakasan komputer disampaikan oleh petugas. Sesi soal jawab bersama peserta turut diadakan. Satu pertandingan mewarna telah diadakan dan melibatkan semua pelajar. Pelajar juga berpeluang untuk menggunakan komputer dengan menggunakan aplikasi mewarna yang disediakan.
Tarikh: 6 November 2019 Masa:9.00 Pagi -12.00 Tengahari Tempat: Smk Triang 3 |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak serta bahaya yang terdapat di internet melalui taklimat KDB. Mewujudkan semangat berpasukan melalui latihan dalam kumpulan (membuat poster dan menjawab kuiz ICT).
Aktiviti:
Satu taklimat pengenalan Pusat Internet dan taklimat KDB disampaikan oleh petugas. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana mereka perlu menyiapkan poster dan menjawab kuiz ICT. Kumpulan yang kreatif dikira sebagai pemenang.
Tarikh: 7 November 2019 Masa: 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar tentang teknik membuat poster. Membantu peserta agar mampu untuk membuat poster sendiri.
Aktiviti:
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat poster menggunakan aplikasi MS Office Powerpoint. Peserta diminta untuk mengarang artikel dan menghias artikel tersebut.
Tarikh: 4 November 2019 Masa:9.00 Pagi -12.00 Tengahari Tempat: Smk Bera |