Tarikh: 31 Januari 2020 Masa: 9.00 Pagi- 12.00 Tengahari Tempat: SJKT Kemayan |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak serta bahaya yang terdapat di internet melalui taklimat KDB. Mewujudkan semangat berpasukan melalui latihan dalam kumpulan (membuat poster dan menjawab kuiz ICT).
Aktiviti:
Satu taklimat pengenalan Pusat Internet dan taklimat KDB disampaikan oleh petugas. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana mereka perlu menyiapkan poster dan menjawab kuiz ICT. Kumpulan yang kreatif dikira sebagai pemenang.
Tarikh: 7 Januari 2020 Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Membantu peserta membuat resume disamping memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menghantar emel menggunakan emel.
Meningkatkan kemahiran peserta untuk menggunakan Ms Office Word dan emel. Menggalakkan mereka untuk menggunakan internet secara bijak.
Aktiviti:
Beberapa contoh resume ditunjukkan kepada peserta. Peserta diberi penerangan ringkas mengenai tatacara menulis resume yang baik. Peserta menyiapkan resume yang diminta.
Tarikh: 12 & 28 Januari 2020 Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Menggalakkan peserta untuk menggunakan komputer di dalam urusan seharian. Membolehkan peserta untuk menggunakan Whatsapp web dengan baik. Meningkatkan pemahaman peserta untuk menggunakan ms office word dan membantu mereka untuk mencari maklumat dengan kaedah yang betul dan pantas.
Aktiviti:
Peserta diberi tugasan untuk mencari lirik lagu di internet dan menaip semula lirik lagu tersebut. Kemudian mereka diminta untuk mencari video lagu yang disenaraikan.
Tarikh: 10 Januari 2020 Masa: 3.00 Petang- 5.00 Petang Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Menggalakkan penggunaan internet dikalangan pelajar sekolah. Membantu peserta untuk menyiapkan kerja sekolah dengan menggunakan maklumat-maklumat terkini di internet. Pelajar diminta untuk mencari bahan bagi menyiapkan kerja sekolah menggunakan enjin carian. Kemudian mereka perlu menaip maklumat yang dicari menggunakan MS Office Word.
Aktiviti:
Pelajar diminta untuk mencari bahan bagi menyiapkan kerja sekolah menggunakan enjin carian. Kemudian mereka perlu menaip maklumat yang dicari menggunakan MS Office Word. Mencari bahan yang berkaitan menggunakan enjin carian. Menyiapkan kerja sekolah dengan menaip maklumat yang telah dicari menggunakan MS Office Word.
Tarikh: 5 Januari 2020 Masa: 9.30 Pagi- 11.30 Pagi Tempat: Pi Durian Tawar |
Tujuan:
Peserta diberi taklimat ringkas mengenai cara-cara untuk membuat jadual dan cara edit jadual mengikut keperluan masing-masing. Peserta juga perlu menyiapkan latihan yang disediakan.
Aktiviti:
Membantu peserta untuk membuat jadual dengan baik. Disamping itu menggalakkan mereka untuk menggunakan ms office word dengan lebih cekap dan pantas.