KISAH KEJAYAAN QUARTER KEDUA APRIL-JUN 2018 (USAHAWAN ANDAMAN)

Latar belakang

Puan Siti Rohani merupakan seorang jururawat di Klinik Desa Sungai Kemahal. Beliau menjadi jururawat sudah hampir 5 tahun. Walaupun beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang kakitangan kerajaan tetapi ia tidak menghalang beliau untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Walaupun sibuk dengan aktiviti perniagaan,tetapi tanggungjawab hakiki sebagai seorang jururawat tidak diabaikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT sebagai platform utama perniagaan, beliau hanya menyimpan hasrat untuk berniaga kerana kekangan masa untuk menjalankan perniagaan kerana terpaksa memberi tumpuan sebagai seorang jururawat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi1M,beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini,beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Dearh Bera. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Dearh  Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau. Belaiu telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin. Dengan adanya penggunaan ICT dalam kehidupan harian,ia memberi ruang kepada Siti Rohani unutuk menjalankan perniagaan disamping meneruskan tanggungjawab hakiki beliau sebagai seorang jururawat.

Apa yang dipelajari melalui intenet

  • Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
  • Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
  • Mempelajari cara-cara mengarang ayat untuk menarik perhatian pelanggan
  • Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di Instagram.
  • Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mendapatkan maklumat
  • Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
  • Membantu mempromosi produk di portal PI
  • Memberi latihan asas komputer dan asas internet

 

Maklumbalas

PI banyak membantu beliau dalam memberi ilmu keusahawanan dan ICT yang mana beliau sangat lemah sebelum ini. Mendapat idea baru dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan dalam diri beliau.

Latar belakang

Puan Haliza merupakan salah seorang usahawan yang sudah dikenali di Kg Durian Tawar. Bermula daripada pelbagai produk dan perkhidmatan, kini beliau menjalankan perniagaan pengusahaan kerepek Palembang Bonda yang menggunakan resepi unik warisan keluarga. Puan Haliza juga merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris. Kerana minat yang mendalam dalam dunia keusahawanan, beliau menceburi pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan dan kini mengusahakan kerepek ini di bengkel yang dibina bersebelahan rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau hanya menjual produknya dengan menghantar di premis- premis makanan dan jualan sahaja disamping memperkenalkan produknya keepada kenalan terdekat dan saudara mara. Beliau perlu menghabiskan masa, tenaga untuk mempromosikan produknya di kawasan- kawasan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini setelah mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi1M, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Dearah Bera dan lebih mudah dan cepat untuk menguruskan tempahan. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar dearah Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau. Beliau telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Apa yang dipelajari melalui intenet

  • Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
  • Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
  • Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di media sosial
  • Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp dan My Shop.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu mendapatkan maklumat
  • Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
  • Membantu mempromosi produk di portal PI1M
  • Memberi latihan asas komputer dan asas internet
  • Maklumbalas

 PI1M banyak membantu beliau dalam memberi ilmu keusahawanan dan ICT yang mana sangat- sangat membantu dalam urusan harian dan perniagaan.

KEUSAHAWANAN - PRODUK PAKAIAN

1.jpg

Latar belakang

Cik Siti Aminah merupakan pelajar tingkatan enam atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak di Pahang. Walaupun masih seorang pelajar, ini tidak membantutkan semangatnya untuk berniaga secara kecil- kecilan yang dapat membantunya mendapat sedikit pendapatan sampingan buat dirinya yang masih belajar. Memandangkan beliau berminat dalam bidang perniagaan, beliau mula menjual barangnya secara langsung kepada rakan- rakannya dan kini beliau juga telah menggunakan media sosial Instagram untuk mempromosikan produk yang diusahakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mula berjinak- jinak dalam bidang keusahawanan sewaktu belajar di  sekolah menengah sewaktu berada di tingkatan tiga sehingga lima. Beliau kebanyakkannya mengambil tempahan tudung yang dikeluarkan oleh kakaknya dan dijual kepada pelajar asrama perempuan yang berminat terutamanya menjelang hari raya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menjadi ahli PI1M sejak tahun  2016, beliau telah menggunakan kemudahan  ICT yang terdapat di PI1M dan menghadiri pelabagai kelas komputer untuk meningkatkan ilmu ICT beliau . Beliau menggunakan akaun facebook miliknya sendiri bagi mempromosikan perniagaan tetapi produk yang dipromosi lebih banyak menggunakan media sosial instagram kerana dapat menghasilkan gambar produk yang lebih menarik. Beliau juga turut menggunakan aplikasi whatsapp bagi memudahkan proses berhubung bersama pelanggan- pelanggannya dan juga sebagai salah satu medium bagi mendapatkan testimoni pelanggan beliau. Beliau kini mempunyai pelanggan yang lebih ramai dan tidak terhad kepada penduduk sekitar Bera sahaja dan malahan luar daerah dan negeri. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat dari sebelum ini

Nama: Siti Aminah Md Husin

Umur: 19 Tahun

Laman Sosial: Instagram (Imostlimah)

No Telefon: 019- 4405010

Produk: Pakaian dan Tudung

KEUSAHAWANAN- PRODUK MADU KELULUT

2.jpg

Latar belakang

Puan Farhana merupakan seorang pelajar di Selangor dalam jurusan kejuruteraan automotif. Memandangkan beliau berminat dalam bidang perniagaan yang juga di dorong oleh ibu dan bapanya,  beliau turut serta dalam mencari duit sampingan melalui produk yang diusahakan ibunya iaitu madu lebah kelulut asli

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mula berjinak- jinak dalam bidang keusahawanan sewaktu belajar di universiti iaitu sewaktu majlis konvokesyen yang mana beliau turut serta menjual patung cenderamata untuk pelajar di booth pesta konvokesyen. Beliau hanya berunding bersama pembekal bersama rakan- rakannya lain dan menjual secara langsung sahaja tanpa menggunakan kemudahan ict pada waktu itu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menjadi ahli PI1M sejak tahun  2016, beliau telah menggunakan kemudahan  ICT yang terdapat di PI1M dan menggunakan kemudahan  komputer untuk meningkatkan ilmu ICT beliau . Beliau menggunakan akaun facebook miliknya sendiri bagi mempromosikan perniagaan. Beliau juga turut menggunakan aplikasi whatsapp bagi memudahkan proses berhubung bersama pelanggan- pelanggannya dan juga sebagai salah satu medium bagi mendapatkan testimoni pelanggan beliau. Beliau kini mempunyai pelanggan yang lebih ramai dan tidak terhad kepada penduduk sekitar Bera sahaja dan malahan luar daerah dan negeri. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat dari sebelum ini.

Nama: Siti Farhanah Najihah

Umur: 22 Tahun

Laman Sosial: Facebook (Siti Farhanah Najihah)

No Telefon: 011-10917384

Produk: Madu Kelulut

 

CELIK IT

3.jpg

Latar belakang

Merupakan pelajar STPM di SMK Mengkarak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Menggunakan perisian asas komputer seperti MS Office Word,MS Office Powerpoint dan MS Office Excel

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini, setelah mendapatkan kursus asas komputer di Pusat Internet 1 Malaysia, mereka telah meningkatkan kecekapan untuk menggunakan komputer. Mereka juga telah mampu untuk menghasilkan video ringkas dengan menggunakan beberapa aplikasi baru seperti Moviemaker dan juga Powtoon. Mereka juga kini semakin berminat untuk menghasilkan video-video ringkas dengan menggunakan aplikasi tersebut. Mereka juga dapat membantu kawan-kawan yang lain dengan berkongsi video pembelajaran yang telah dihasilkan itu.

KEUSAHAWANAN - PRODUK KESIHATAN

3.JPG

Latar belakang

Puan Nor Humaira mula menjalankan perniagaan dropship minyak angin ini sejak 4 bulan yang lalu. Beliau berminat untuk menjual minyak angin ini kerana bau yang wangi dan tidak berbau seperti minyak angin yang biasa digunakan. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada seorang cahaya mata dan juga masih bekerja. Tetapi itu tidak menghalang beliau untuk terus berjinak di dalam perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan pendapatan. Beliau juga seorang yang agak pemalu untuk berniaga. Walaupun begitu,minat beliau dalam perniagaan amat tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mendapatkan sedikit bantuan dari pihak PI di mana beliau didedahkan dengan cara-cara pengiklanan melalui Facebook dan Instagram melalui kelas keusahawanan yang dihadiri. Beliau kini aktif menjual dan mempromosikan produk beliau melalui akaun facebook dan Instagram miliknya. Kini beliau dapat meningkatkan pendapatan sampingan melalui perniagaan ini.

Nama: NOR HUMAIRA BINTI SOFIAN

Laman Sosial: Instagram (mmgmall)/FB(norhumaira.sofian)

No Telefon: 013-4807454

Produk: Kesihatan

KEUSAHAWANAN- GulaGulaKurus_mince

kj1.JPG

Latar belakang

Puan Rahmah merupakan suri rumah sepenuh masa yang mana sebelum ini beliau bekerja sebagai penyelia tapak di salah sebuah syarikat swasta di Daerah Temerloh, Puan Rahmah mengambil keputusan berhenti kerja dan fokus pada keluarga dan mencari duit sampingan dengan memulakan perniagaan menjual krim wanita dan produk kesihatan secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak- jinak dalam bidang keusahawanan seaktu bekerja lagi sebagai pendapatan sampingan. Tetapi masih belum fokus kepada berniaga kerana masih bekerja dan kekangan masa.Beliau hanya menjual kepada rakan- rakan, saudara mara dan jiran terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mula berjinak dengan penggunaan ICT seperti internet, ini membuka mata beliau untuk berniaga lebih serius menggunakan media sosial dan produk yang menjadi keutamaan pelanggan masa kini.dan beliau lebih berminat untuk menjual produk melalui promosi di facebook dan Instagram. Sebelum ini daripada hanya mengunakan mesej berbayar dan whatsapp sahaja kini media sosial merupakan salah satu medium untuk beliau memperkenalkan barangan niaga nya dengan lebih luas. Dan ini secara tidak langsung menambah pelanggannya di serata negeri sekaligus menambah pendapatannya daripada sebelum ini,

Nama: Rahmahyanti binti Mukhtar

Umur: 28 Tahun

Laman Sosial: Facebook (umi yanti)/ Instagram (gulagulakurus_mince)

No Telefon: 013-9196368

Produk: Kecantikan

CELIK IT

2.JPG

Latar belakang

Merupakan komuniti Kg Durian Tawar yang menyertai Program Dashboard Komuniti Pi Durian Tawar

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakannya peserta hanya mengetahui teknik asas Microsoft Office word  sahaja dan masih lemah untuk menggunakan aplikasi powerpoint  yang pelbagai seperti teknik pergerakan slide, bunyi, mengedit gambar dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Power Point Resepi Challenge, peserta lebih yakin untuk menggunakan aplikasi power point disamping meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dan enjin carian. Mereka juga telah mampu mengedit gambar secara ringkas mengunakan aplikasi Microsoft power point dan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti sebagai hebahan tugasan.

Kisah kejayaan Pi1m Kg Durian Tawar

Kisah Kejayaan

Butiran

Kisah Kejayaan usahawan 1

Kisah Kejayaan 1

Kisah Kejayaan Usahawan 2

Kisah Kejayaan 2

Kisah kejayaan cilik It

Kisah kejayaan 3