USAHAWAN KECIL PRODUK KRAFTANGAN (BANTAL BERCETAK/ KEYCHAIN/ MUG)

Nama: Saidatul Azreen binti Abdul Khalib

Umur: 31 Tahun

Ahli: 2010

Latar belakang

Cik Saidatul Azreen merupakan seorang kerani di sebuah sekolah. Walaupun begitu beliau masih berminat untuk menjalankan perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan beliau.Beliau menjual pelbagai jenis kraftangan  buatan sendiri. Antara produk yang popular adalah bantal  bercetak,thumbler,keychain,cuci gambar dan pelbagai lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menjual produk kraftangannya kepada kawan terdekat sahaja dan jualan juga agak terhad kepada komuniti sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT ,target jualan beliau sudah berubah dan mampu menjual kepada banyak pelanggan di seluruh Malaysia. Hal ini kerana,beliau sudah mempunyai page Facebook serta IG bagi mempromosikan lagi jualan beliau. Terkini,beliau sudah memiliki akaun Shopee bagi meningkatkan lagi jualan beliau. Sejak menjual menggunakan platform Shopee,jualan beliau semakin meningkat dari hari ke hari. Pelanggan juga semakin bertambah dan semuanya meninggalkan testiimoni yang baik dan berpuas hati dengan produk beliau.

Membuat Akaun shopee dan menjual atas talian di Shopee

Nama: Bengkel Usahawan Shopee

Umur: 19- 52 Tahun

Ahli: 2015- 2020


Latar belakang

Merupakan usahawan sekitar Kg Jelam/Durian Tawar dan Daerah Bera

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan diantara mereka berniaga secara kecil- kecilan dan mengambil peluang menggunakan platform Shopee bagi memajukan dan meningkatkan lagi pendapatan tetap dan sampingan mereka. Sebelum ini mereka menggunakan ICT bagi tujuan asas seperti mengambil gambar dan tujuan media sosial tidak kepada menjual produk secara serius.. Mereka juga ada diantara yang tidak begitu mahir dan sudah lama tidak mengunakan komputer. Dengan ini, mereka lebih serius apatah lagi  shopee adalah salah satu platform yang terkenal pada masi kini dan sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam mempromosikan produk seperti edit gambar dan membuat iklan produk

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Bengkel Usahawan Shopee bersama PI, mereka semakin bijak dalam menggunakan telefon pintar dan komputer. Mereka kini mampu untuk edit gambar produk dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon pintar dengan lebih cepat dan mudah untuk mereka muat naik produk kedalam aplikasi jualan atas talian tersebut. Mereka juga semakin cekap untuk menggunakan komputer. Dengan kebolehan yang ada ini dapat membantu mereka untuk mempromosikan produk di media sosial disamping menjual di platform shopee.

USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN SNEK COKLAT (CHOCO NGAP)

Nama: Noraslinda binti Daim

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2020

 

Latar belakang

Puan Noraslinda merupakan seorang suri rumah yang juga aktif dalam pelbagai bentuk perniagaan. Beliau juga merupakan seorang juruhias pengantin secara sampingan. Di samping itu juga, beliau sudah mula menghasilkan produk makanan jenamanya sendiri iaitu chocongap dan juga telah mula melahirkan ajen- ajen jualan produk chocongap dalam daerah ini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menghebahkan produknya secara berhadapan dengan pelanggan sahaja dan terhad kepada rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT melalui hebahan di media sosial seperti Facebook, instagram dan aplikasi whatsapp, produk yang dijual semakin dikenali ramai. Beliau juga telah banyak mendapat tempahan dari pelanggan diluar kawasan termasuklah pelanggan di Shoppe. Beliau juga kini semakin mudah untuk mempromosikan jualan beliau melalui aplikasi instagram miliknya. Para pelanggan juga dapat melihat aktiviti dan gambar yang di muat naik di dalam akaun media sosial nya.Kini beliau telah mula menjual di shopee dan mengikuti kelas usahawan shopee yang telah di anjurkan oleh Pusat Internet

USAHAWAN KECIL AGEN PRODUK MAKANAN NZ CRUNCHIES

Nama: Siti Nor adila Syafiqah 

Umur: 19 Tahun

Ahli: 2015

Latar belakang

Cik Nur Adila bermula dengan menjual pelbagai barangan seperti tudung, ajen kecantiukan dan dropship barangan. Walaupun masih seorang pelajar namun, beliau masih mengambil peluang untuk menjalankan aktiviti jualan walaupun kecil –kecilan sahaja. Walaupun begitu, perniagaannya tidak menjejaskan prestasi pelajarannya. Beliau bermula dengan menjual dan promosi kepada rakan sebayanya kini, beliau sudah mula menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp bagi tujuannya meningkatkan jualan dan pendapatan sampingannya. Beliau sudah mula mempromosikan produk jualannya di halaman kumpulan di daerahnya dan juga di akaun Facebook miliknya sendiri

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Nur Adila hanya menjual kepada rakan sebaya dan saudara mara nya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini,beliau telah menggunakan ilmu ICT yang ada dengan sebaiknya dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaannya,Beliau kini telah menggunakan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai platform utama dalam mempromosikan perniagaannya.. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan yang meluas terutamanya rakan di facebook.

Membuat e- Portfolio (CANVA)

Nama: Siti Aminah Md Husin

Umur: 22 Tahun

Ahli: 2016


Latar belakang

Merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam  tahun ke- 2 yang kini sedang melanjutkan pengajian secara online dirumah ekoran wabak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pelajar ini merupakan seorang pelajar yang bergiat aktif dalam penggunaan rangkaian jaringan internet. Oleh kerana pelaksanaan kuliah secara online, pelajar ini sering menggunakan jaringan internet di PI bagi tujuan membuat assignment dan kuliah online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pelajar ini sering berkunjung ke PI untuk mempelajari asas komputer sejak beliau masih di sekolah menengah dan sering melibatkan diri dalam aktiviti atau program di Pusat internet. Pada mulanya beliau kurang mahir dalam menggunakan perisian asas komputer dan komponen asas komputer. Disebabkan terdapat pelbagai assignment dan presentation sewaktu di tingkatan 6, beliau mula mencari pusat IT untuk mempelajari sedikit sebanyak berkaitan teknologi dan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menggunakan website Canva, beliau dikehendaki membuat assignment iaitu e-portfolio mengenai salah satu subjek yang dipelajarinya. Kini beliau telah mahir menggunakan perisian canva samada untuk membuat assignment atau tugasan- tugasan grafik yang lain.