USAHAWAN KECIL DROPSHIP BUKU AGAMA

Nama: Siti Aminah binti Md Husin

Umur: 21 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Cik Siti merupakan seoarng pelajar university dan mengambil peluang menjana pendapatan sampingan sebagai agen Al Quran tafsir. Beliau menjual secara offline kepada rakan terdekat dan saudara mara sehinggalah beliau mula menggunakan media sosial sebagai platform utama jualan dan promosi produk yang dijual.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau memasarkan jualannya hanya melalui rakan terdekat, saudara mara dan juga adik beradik sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini dengan pendedahan internet, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan yang meluas terutamanya rakan di facebook dan pengikut di Instagram.

TAKLIMAT KDB, KUIZ ICT, POSTER (MS POWERPOINT)

Nama: Pelajar Smk Bukit Mendi

Umur: Tingkatan 1 dan 2

Ahli: 2019


Latar belakang

Merupakan pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang menetap di sekitar Felda Bukit Mendi. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, enjin carian dan asas Microsoft office. Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak  mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Literasi ICT bersama PI, mereka semakin bagus dalam menggunakan komputer. Mereka boleh menggunakan Microsoft Power Point dan sudah mampu membuat poster menggunakan Power point dengan kreativiti mereka sendiri. Mereka juga berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai asas pengenalan internet dan asas komputer. Mereka juga sering berkunjung ke PI berdekatan bagi mendapatkan kelas lanjutan dari petugas PI. Dengan adanya kelas ICT ini,ia dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu ICT.

TAKLIMAT KDB, KUIZ ICT, POSTER (MS POWERPOINT)

Nama: Pelajar Sk Felda Purun

Umur: Tahap 2 (Tahun4,5,6)

Ahli: 2018


Latar belakang

Merupakan pelajar tahap 2 yang menetap di sekitar Felda Purun. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, enjin carian dan asas Microsoft office. Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak  mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Literasi ICT bersama PI, mereka semakin bagus dalam menggunakan komputer. Mereka boleh menggunakan Microsoft Power Point dan sudah mampu membuat poster menggunakan Power point dengan kreativiti mereka sendiri. Mereka juga berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai asas pengenalan internet dan asas komputer. Mereka juga sering berkunjung ke PI berdekatan bagi mendapatkan kelas lanjutan dari petugas PI. Dengan adanya kelas ICT ini,ia dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu ICT.

USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN DAN PERKHIDMATAN (INAI)

Nama: Siti Fahira Nafika Khairil Isham

Umur: 18 Tahun

Ahli: 2016

 

Latar belakang

Cik Fahira merupakan pelajar lepasan SPM dan beliau sedang menyambung pelajaran di salah sebuah pusat pengajian tinggi awam peringkat di diploma. Beliau sangat aktif dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi kerana mengikut jejak langkah ibu bapanya yang sudah lama bertapak di dalam dunia perniagaan. Oleh kerana minatnya dalam bidang kecantikan Cik Fahira mula menambah ilmu kemahiran melukis inai pengantin yang juga menjual pelbagai jenis inai celup untuk jari, rambut, kuku dan sebagainya bagi menambah duit poket untuk kegunaan hariannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menghebahkan produknya secara berhadapan dengan pelanggan sahaja dan terhad kepada rakan terdekat sahaja. Beliau juga meletakkan produknya di pameran dan jualan juga di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT melalui hebahan di media sosial instagram dan aplikasi whatsapp, produk yang dijual semakin dikenali ramai. Beliau juga telah banyak mendapat tempahan dari pelanggan diluar kawasan. Beliau juga kini semakin mudah untuk mempromosikan bisnes beliau melalui aplikasi instagram miliknya. Para pelanggan juga dapat melihat aktiviti dan gambar yang di muat naik di dalam akaun media sosial nya. Ini juga menjimatkan masa nya sebagai seorang pelajar.

KISAH KEJAYAAN 1ST QUARTER 2019 (USAHAWAN KATERING)

Latar belakang

Puan Roha merupakan anak jati Kg Durian Tawar. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan. Beliau telah mengikuti pelbagai jenis kelas bagi mendalami ilmu  berkaitan.Kini beliau mempunyai sebuah bengkel dan semua tempahan akan dibuat dibengkel tersebut. Selain katering, beliau juga turut mengambil tempahan kek dan kuih muih. Kini semakin ramai yang mengenali dan mengetahui mnegenai servis yang disediakan oleh beliau. Beliau juga semakin giat mempromosikan servis tersebut di media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT kaedah pemasaran beliau agak terhad yang mana beliau hanya mampu menghebahkan mengenai bisnes beliau melalui mulut ke mulut sahaja dan terhad kepada rakan terdekat sahaja. Beliau juga hanya mengambil tempahan daripada penduduk sekitar sahaja dan tidak mampu untuk mengambil tempahan di luar kawasan kerana tidak mempunyai kenalan dan masih ramai yang tidak menegetahui servis yang disediakan oleh beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT bisnes beliau semakin berkembang dan makin dikenali ramai. Beliau juga telah banyak mendapat tempahan dari pelanggan diluar kawasan kampungnya. Beliau juga kini semakin mudah untuk mempromosikan bisnes beliau melalui aplikasi Facebook miliknya. Para pelanggan juga dapat melihat aktiviti katering beliau di Facebook tersebut. Ini akan lebih meyakinkan pelanggan untuk membuat tempahan daripada beliau. Pendapatan beliau juga semakin meningkat berbanding sebelum penggunaan ICT.

Apa yang dipelajari melalui intenet

    • -Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
    • -Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
    • -Mempelajari cara-cara memuat naik gambar perkhidmatan di media sosial
    • -Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

    • -Membantu mendapatkan maklumat
    • -Memudahkan promosi produk kepada pelanggan
    • -Meningkatkan keyakinan pelanggan melalui promosi produk di media sosial.
    • -Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
    • -Membantu mempromosi produk di portal PI
    • -Memberi latihan asas komputer dan asas internet
    • Maklumbalas

Pusat Internet sangat membantu beliau dari segi latihan keusahawanan,sokongan danperkara-perkara berkaitan ICT.

KISAH KEJAYAAN 1ST QUARTER 2019 (USAHAWAN VITAMIN DAN SUPPLEMENT)

Latar belakang

Puan Farhana merupakan seorang pelajar lepasan universiti yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan kerana minat yang mendalam dalam bidang ini. Beliau telah menjual pelbagai produk sebelum ini dan sekarang beliau aktif menjual produk kesihatan iaitu vitamin dan supplement. Beliau aktif mempromosikan produknya di laman sosial dan laman jual beli atas talian iaitu shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau banyak membantu ibunya menjual kerepek dan produk- produk lain dengan menghantar di premis- premis makanan disamping memperkenalkan produknya kepada kenalan terdekat dan saudara mara. Beliau perlu menghabiskan masa, tenaga untuk mempromosikan produknya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini setelah mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi1M, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar daerah dan lebih mudah dan cepat untuk menguruskan tempahan. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar dearah Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau. Beliau kini sudah mula membuka akaun shopee untuk urusan berjual beli atas talian yang sedang meningkat naik dalam kalangan penjual online.

Apa yang dipelajari melalui intenet

  • -Mempelajari cara promosi melalui Facebook
  • -Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
  • -Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di media sosial
  • -Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan facebook, Instagram, shopee dan whatsapp.
    • Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
    • -PI1M membantu mendapatkan maklumat
    • -Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
    • -Membantu mempromosi produk di portal PI1M
    • -Memberi latihan asas komputer dan asas internet

    • Maklumbalas

PI1M banyak membantu beliau dalam memberi ilmu keusahawanan dan ICT yang mana sangat- sangat membantu dalam urusan harian dan perniagaan disamping menambah sumber pendapatan untuk keluarga.

KISAH KEJAYAAN 4TH QUARTER 2018 (CELIK IT PELAJAR TAHAP 2 SK TRIANG 3)

Latar belakang

Merupakan pelajar tahap 2 yang menetap di sekitar Triang 3. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, enjin carian dan asas Microsoft office. Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak  mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Literasi ICT bersama PI, mereka semakin bagus dalam menggunakan komputer. Mereka boleh menggunakan Microsoft Power Point dan sudah mampu membuat poster menggunakan Power point dengan kreativiti mereka sendiri. Mereka juga berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai asas pengenalan internet dan asas komputer. Mereka juga sering berkunjung ke PI berdekatan bagi mendapatkan kelas lanjutan dari petugas PI. Dengan adanya kelas ICT ini,ia dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu ICT.

Apa yang dipelajari melalui intenet

  • -Belajar menggunakan internet dengan bijak melalui taklimat KDB
  • -Belajar menggunakan MS Office Powerpoint dengan baik.
  • -Mengenali perkakasan komputer.
  • -Mendengar taklimat KDB dan menonton video berkaitan KDB
  • -Menjawab kuiz secara spontan
    • Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
      • -PI membantu melahirkan masyarakat yang celik IT
      • -Memberi kelas lanjutan kepada para peserta yang telah mengikuti kelas asas komputer.
      • -PI tidak pernah berhenti memberi kerjasama dalam memberi bantuan ICT yang diperlukan.
  • Maklumbalas

PI banyak membantu dalam usaha meningkatkan pengetahuan komuniti setempat dalam bidang ICT supaya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan seiring dengan matlamat negara yang menginginkan rakyat yang sentiasa berdaya saing dan celik IT.