USAHAWAN Dodol

Nama: Suhanim bt Sahbudin

Umur: 42 Tahun

Ahli: 2023

Latar belakang

Puan Suhanim merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengahasilkan dodol secara tradisional yang diwarisi sejak turun temurun dari ibu bapanya. Beliau menjalankan perniagaan hanya dari rumah sahaja dan kini perniagaan beliau sudah semakin berkembang maju dan semakin dikenali ramai. Beliau juga telah mula memasuki ke pasaran Malaysia secara atas talian menggunakan platform Facebook, Tikok dan shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja. Jualan juga agak terhad dan sukar untuk mendapat pelanggan baru

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat dan semakin dikenali ramai. Beliau telah berjaya mendapat pelanggan luar dari negeri Pahang. Kebanyakan pelanggan beliau amat berpuas hati dengan rasa dodol ini. Ramai diantara mereka membeli semula setelah kali pertama mencuba. Kini beliau semakin aktif melakukan pemasaran dan membuat jualan secara atas talian. 

Membuat Rancangan Perniagaan

Nama: Kelas Asas Komputer

Umur: 17-39 Tahun

Ahli: 2015- 2020


Latar belakang

Merupakan pelajar Giat Mara yang menetap di sekitar Daerah Bera. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mereka masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Asas Rancangan Perniagaan ini, mereka sudah pandai untuk menaip dengan cara yang betul. Mereka juga sudah mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik serta teknik menaip juga sudah semakin baik berbanding sebelum ini. Ini menggalakkan lagi mereka untuk terus belajar dan menggunakan komputer di Pusat Ekonomi Digital

USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN

Nama: Noraslinda binti Daim

Umur: 31 Tahun

Ahli: 2020

Latar belakang

Puan Linda merupakan seorang tatarias pengantin. Sangat aktif dalam menghasilkan video menarik di Tiktok miliknya seperti tutorial solekan, dan video jualan produk kecantikan barang yang digunakan untuk solekannya termasuklah minyak wangi pelbagai jenis bauan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat sedikit demi sedikit dan beliau masih belajar untuk pemasaran secara online untuk jenamanya lebih dikenali ramai. Beliau mula membuat promosi di media sosial dan platform e-dagang seperti facebook page, facebook status, whatsapp status dan kini mula berjinak di platform Tiktok yang semakin digemari ramai.

Membuat Tag Nama Menggunakan Microsoft Excel

Nama: Kelas Asas Komputer

Umur: 12-13 Tahun

Ahli: 2015- 2020


Latar belakang

Merupakan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mereka masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Asas Komputer ini, mereka sudah pandai untuk menaip dengan cara yang betul. Mereka juga sudah mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik serta teknik menaip juga sudah semakin baik berbanding sebelum ini. Ini menggalakkan lagi mereka untuk terus belajar dan menggunakan computer di Pusat Internet

Belajar Modul Microsoft Office Word dan membuat latihan menaip

Nama: Kelas Asas Microsoft Office Word

Umur: 11-12 Tahun

Ahli: 2021


Latar belakang

Merupakan pelajar sekolah rendah tahap 2 SK Durian Tawar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak  mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Asas Komputer ini, mereka sudah pandai untuk menaip dengan cara yang betul. Mereka juga sudah mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan pantas serta teknik menaip juga sudah semakin baik berbanding sebelum ini. Ini menggalakkan lagi mereka untuk terus belajar dan menggunakan computer di Pusat Internet