USAHAWAN Tudung Bawal
Nama: Rubiah binti Zakaria Umur: 30 Tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Puan Rubiah merupakan seorang Pengurus di sebuah kedai alat tulis dan fotostat di bandar Bera. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perusahaan hijab. Oleh kerana itu, beliau mula menjual tudung jenamanya sendiri sebagai pendapatan tambahan dan pengalaman baru. Beliau menjual pelbagai jenis tudung bawal bercorak printed, plain dan berbatu untuk beberapa saiz.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat sikit demi sedikit dan beliau masih belajar untuk pemasaran secara onlineuntuk jenamanya lebih dikenali ramai. Beliau mula membuat promosi di media sosial dan platform e-dagang seperti facebook page, facebook status, whatsapp status dan kini mula berjinak di platform shopee walaupun masih baru.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeId5c887b43be
USAHAWAN KECIL ANAK POKOK
Nama: Normala binti Ibrahim Umur: 48 Tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Puan Normala merupakan suri rumah sepenuh masa. beliau menjalankan aktiviti pertanian bersama suaminya dengan menjual anak pokok sebagai hobi pada asalnya kini menjadi seumber pendapatan bagi nya dan suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja. Beliau juga menjual di pekan sehari setiap hujung minggu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat dan lebih dikenali ramai. Ini adalah kerana kesungguhan beliau yang mana sentiasa update whatsapp status untuk promosi. Beliau kini sudah mula mempelajari teknik menggunakan jualan atas talian seperti Shopee dan menghadiri bengkel dan pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet komuniti.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeId626ba04640
Belajar menggunakan perisian Canva dan Membuat Poster Pertandingan
Nama: Bengkel Pertandingan Poster Umur: 10- 14 Tahun Ahli: 2015- 2020 |
Latar belakang
Merupakan pelajar sekolah rendah dan tahap 1 menengah di sekitar Kg Jelam Durian Tawar. Terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, setelah menyertai Bengkel dan pertandingan Poster, mereka sudah pandai menggunakan perisian yang digunakan untuk membuat poster iaitu Canva dan juga mencari bahan menggunakan enjin carian. Mereka semakin bagus dalam menggunakan komputer dan mampu menghasilkan poster yang menarik mengikut tajuk yang disediakan.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeId6aaf230b8a
USAHAWAN KECIL AIR NIRA/ NISAN KABUNG/ BUAH KABUNG
Nama: Mariati binti Mohd Jailani Umur: 38 Tahun Ahli: 2015 |
Latar belakang
Puan Mariati merupakan suri- rumah sepenuh masa. Beliau membantu suami menjalankan perniagaan air nira, nisan kabung dan buah kabung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk di gerai tepi jalan, jual kepada saudara mara dan rakan- rakan sahaja. Jualannya juga agak terhad kepada komuniti sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT ,target jualan beliau sudah berubah dan mampu menjual kepada banyak pelanggan di luar negeri Pahang. Hal ini kerana,beliau sudah mempunyai page Facebook dan whatsapp bagi mempromosikan lagi jualan. Jualan beliau semakin meningkat dari hari ke hari. Pelanggan juga semakin bertambah dan semuanya meninggalkan testiimoni yang baik dan berpuas hati dengan produk beliau.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIda9fec70df7
USAHAWAN KECIL AJEN PRODUK PAKAIAN (BLOUSE)
Nama: Amirah binti Ahmad Umur: 23 Tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Cik Amirah merupakan seorang pelajar universiti di Selangor dan sedang dalam proses menjalani latihan praktikal dalam bidangnya. Beliau gemar berniaga dan bermula sewaktu belajar di IPT lagi. Selain dari minat nya dalam berniaga beliau juga ingin menjana pendapatan sampingan sebagai seorang pelajar
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menjual produk kepada rakan terdekat dan saudara maranya sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat dan lebih dikenali ramai. Ini adalah kerana kesungguhan beliau dalam promosi dan sentiasa update posting di laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram. Beliau kini sudah mula mempelajari teknik menggunakan jualan atas talian seperti Shopee dan menghadiri bengkel yang disediakan oleh Pusat Internet komuniti.
http://duriantawar.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=10#sigFreeIdb674a8065f